Penyelidikan dan sumbangan William Thomson, Baron Pertama Kelvin

Dalam termodinamik

Dalam pendalaman beliau terhadap teori haba sedia ada (terutamanya enjin haba dipelopori Sadi Carnot dan Émile Clapeyron), beliau membuat ramalan bahawa takat lebur ais akan seiringan dengan tekanan; beberapa ujikaji yang dijalankan beliau di makmalnya mengesahkan jangkaan beliau terhadap teori ini.

Pada tahun 1848, beliau merungkaikan lagi teori enjin Carnot-Clapeyorn dengan mengusulkan "suatu skala suhu mutlak"[3] berdasarkan kesan mekanikal yang terhasil penurunan satu unit haba dari suatu jasad A pada suhu T kepada jasad B dengan suhu (T−1)°", di mana suhu tersebut tidak dijejas sifat fizikal maan-mana bahan tertentu.[4] Takat ini di mana tiada sebarang haba kalori dapat dialihkan lagi kemudiannya disimpulkan sebagai suatu takat sifar mutlak sepertimana yang dicadangkan Guillaume Amontons had pada tahun 1702. Thomson menggunakan banyak data catatan mentornya, Henri Regnault, untuk menyelaraskan skala barunya dengn alat-alat sedia ada.

Bidang telekomunikasi

Pada 16 Oktober 1854, George Gabriel Stokes, seorang ahli fizik dari Ireland, telah menulis bertanyakan pendapat Thomson mengenai beberapa eksperimen dilakukan Michael Faraday berkaitan kabel telegraf transaltlantik - antaranya bagaimana pembinaam kabel tersebut menjejaskan kadar penghantaran mesej antara benua (kini difahami sebagai lebar jalur sesuatu penyambungan dalam talian). Thomson segera menulis balas pendapat dan penyelesaian terhadap masalah yang diungkitkan ujikaji ini.[5]

Thomson membangungkan suatu sistem telegraf bawah laut lengkap yang berkemampuan menghantar satu aksara setiap 3.5 saat. Beliau mempatenkan bahagian-bahagian penting sistemnya pada tahun 1858.

Pada Julai 1865, Thomson melakukan suatu ekspedisi memasang kabel besar ini dengan menaiki kapal SS Great Eastern namun pelayaran ini menghadapi banyak masalah teknikal. Malah, kabel yang dibawa turut hilang lalu projek ini dibatalkan. Suatu percubaan baru dilangsungkan pada 1866 untuk menyempurnakan pemasangan sisa kabel ini akhirnya berjaya dan disambut hebat orang ramai. Thomson dan anggota ekspidisi diberikan penghormatan diraja pada 10 November 1866.

Bidang maritim

Pada tahun 1880-an, Thomson berusaha menyempurnakan reka bentuk kompas mudah laras agar sebarang ralat yang terhasil daripada lencongan magnet - berikutan naiknya penggunaan bahan besi dalam pembinaan kapal-kapal laut - dapat dibetulkan dengan mudahnya. Model kompas yang diperbaharuui Thomson banyak meningkat dari segi prestasinya, di mana binaan kompas jenis ini lebih teguh serta tidak mudah terjejas dengan daya geseran persekitaran.

Penemuan yang berkaitan

Terdapat seberapa banyak fenomena fizikal yang berkait kuat dengan penyelidikan oleh Thomson telah dinamakan sempena beliau, antaranya: